Dunia pendidikan semakin berkembang pesat sepesat pertambahan penduduk Malaysia.Pertambahan pesat penduduk sekitar Jitra telah menimbulkan masalah limpahan murid-murid di Sekolah Kebangsaan Jitra pada akhir tahun 1993 hingga hampir mencecah 2000 orang muridnya.
Idea pembinaan sekolah baru diluluskan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.Di tapak baru di Jalan Tok Kesop yang asalnya sawah padi yang terbentang hijau, proses menambak tanah mengambil masa hampir satu tahun dilaksanakan secara berperingkat .
Diikuti dengan pembinaan struktur bangunan-bangunannya yang agak canggih pada tahun itu. Lebih setahun bangunan sekolah ini dibina dengan menghadapi berbagai karenah dan masalah teknikal, akhirnya sekolah ini siap diduduki pada awal 1997.
Derita dan pahit manis menumpang diSekolah Kebangsaan Jitra selama hampir dua tahun seakan hilang apabila menjejak kaki ke bangunan baru. Penat warga sekolah terdiri dari murid-murid, guru-guru, pekerja dan waris-waris terubat jua. Semuanya dilaksanakan secara gotong royong dalam situasi penuh toleransi dan muafakat.
Alhamdulillah, awal tahun 1997 menjelma dengan 741 orang muridnya, 35 staff akademik dan non-akademik menghuni bangunan serba baru dalam keadaan persekitarannya yang gondol tanpa pokok teduhan.
Padang permainan masih baru ditanam rumput dan kelengkapan sekolah yang serba-serbi kekurangan.
Sedikit demi sedikit, berkat kerjasama pentadbir sekolah, guru-guru ,murid-murid dan PIBG serta sokongan PPD Kubang Pasu dan JPN Kedah Darul Aman, infrasarana sekolah ini makin mencukupi dan persekitarannya tambah selesa untuk iklim pembelajaran dan pengajaran.
Kini, Sekolah Kebangsaan Jitra II sudah mencipta nama seiring dengan sekolah-sekolah yang terlebih dahulu ujud sebelum ini. Daya saing warga ini dipertonjolkan dalam segala bidang samada kurikulum mahupun kokurikulum sebagai pemantapnya. Kejayaan demi kejayaan dicapai bersama persekitaran yang semakin cantik dan ceria. Redupan pohon dan tempat rehat dengan lanskap yang indah mewarnai persekitaran sekolah ini yang sentiasa diperindahkan dari masa ke semasa.
Antara pentadbir yakni guru besar yang pernah bertugas di Sekolah Kebangsaan Jitra II ialah:
Kini dalam alaf baru ini, perubahan demi perubahan berlaku. Warga sekolah ini yang kini meningkat semula kepada 720 orang murid bersama hampir 50 stafnya.Kini tanpa menoleh kebelakang, sekolah ini menuju kearah Sekolah Elit dan Sekolah Lima Bintang.
Semangat baru tetap membara sesuai dengan visi sekolah yang baru yakni :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment